Nak Melabur? Guna Cara Ini Untuk Elak Ditipu Scam Pelaburan
Musim PKP ni ramai yang ekonominya terjejas, betul tak? Mana tak nya? Yang tak suka bisnes, terpaksa buat bisnes, sebab nak tolong family, nak support diri sendiri. Tapi, jangan disebabkan keterdesakan tu, kita jadi mangsa scammer :( So, Syida rasa nak share apa yang kita kena tahu pasal pelaburan. Melabur ni antara satu cara nak grow money effortlessly. Tak perlu susah-susah buat marketing buat sale untuk dapat duit sebab duit akan 'beranak' bila kita letak dalam pelaburan. Tapiiii, tak semudah tu ya kawan-kawan! Sebelum kita letak duit dekat mana-mana platform pelaburan, kena kaji dan selidik dulu platform tu macam mana. So, jom kita tengok skim pelaburan macam mana yang tak sah di sisi undang-undang. Disclaimer: tulisan ini ialah rujukan dari pembacaan dari laman web Bank Negara Malaysia, Sinar Harian, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan laman-laman web berkaitan. Ciri-ciri skim pelaburan yang tidak sah; 1. Tidak berdaftar secara sah di Malaysia Syarikat yang menawarkan ski...