Nak Melabur? Guna Cara Ini Untuk Elak Ditipu Scam Pelaburan




Musim PKP ni ramai yang ekonominya terjejas, betul tak? Mana tak nya? Yang tak suka bisnes, terpaksa buat bisnes, sebab nak tolong family, nak support diri sendiri. Tapi, jangan disebabkan keterdesakan tu, kita jadi mangsa scammer :(

So, Syida rasa nak share apa yang kita kena tahu pasal pelaburan. Melabur ni antara satu cara nak grow money effortlessly. Tak perlu susah-susah buat marketing buat sale untuk dapat duit sebab duit akan 'beranak' bila kita letak dalam pelaburan. Tapiiii, tak semudah tu ya kawan-kawan! 

Sebelum kita letak duit dekat mana-mana platform pelaburan, kena kaji dan selidik dulu platform tu macam mana. So, jom kita tengok skim pelaburan macam mana yang tak sah di sisi undang-undang.

Disclaimer: tulisan ini ialah rujukan dari pembacaan dari laman web Bank Negara Malaysia, Sinar Harian, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan laman-laman web berkaitan. 

Ciri-ciri skim pelaburan yang tidak sah;

1. Tidak berdaftar secara sah di Malaysia

Syarikat yang menawarkan skim pelaburan seharusnya berdaftar secara sah di Malaysia. Kita boleh dapatkan status syarikat daripada badan perundangan yang mengawal selia syarikat seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Bank Negara Malaysia, dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Jika syarikat yang kita berurusan tidak berdaftar dengan badan-badan ini, cepat-cepat lari! 

Lagi teruk bila kita dah terlibat dengan syarikat-syarikat yang tidak sah ini, ialah hak kita sebagai pelabur sukar dilindungi oleh undang-undang. Bila ditipu, kita dah tak boleh buat apa, sebab bukti tak cukup, last-last duit tak boleh dapat balik. Lesap!

2. Banyak guna orang tengah

Banyak sindiket pelaburan berlaku menggunakan orang tengah untuk berurusan dengan pelabur. Bila jadi macam ni, banyak risiko dia. Antaranya, berlaku penyelewengan oleh orang tengah, dan jadi susah untuk track bila orang tengah ni lari. So, nampak tak skim macam ni sangat tak efisien dan bahaya?!! 

3. Untung yang besar 

Mengikut formula T.I.P.U, huruf U ialah untuk 'Untung besar'. BNM sendiri bagitahu cara nak detect scam pelaburan ni bila pelabur dijanjikan untung yang besar dan luar biasa. Kalau biasa dividen daripada ASB ialah 5-10% setahun, tapi syarikat pelaburan yang tak sah ni menjanjikan pulangan yang tak masuk akal. Sampai 100-200% setahun. Merepek!(rasa macam tengah marah diri sendiri sebab saya sendiri pun pernah terjebak ni :(

4. Pelaburan yang takde risiko

Sangat tak logik ya kalau skim pelaburan tu menjanjikan zero risk sedangkan konsep high risk, high return pun dah jelas, bila kita aim untuk high return, akan ada high risk. Kalau bimbang dan takut dengan high risk, banyak lagi investment yang guna low risk tapi low return la ya.

Jadi sebagai pelabur yang bijak, ni antara cara untuk mengelakkan kita ditipu:

1. Berurusan hanya dengan entiti yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

2. Tanya dan minta maklumat penting berkaitan pelaburan. Scammer ni dia tahu yang kebanyakan orang tak minta maklumat yang betul sebelum mereka melabur. Sebagai pelabur, kita kena tahu background syarikat, individu penting dalam syarikat tersebut serta apa produk dan servis yang disediakan.

3. Semak status syarikat dengan pihak berautoriti seperti BNM, SSM, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, KPDNHEP, dan yang berkaitan.

4. Jangan terburu-buru buat keputusan untuk melabur. Ambil masa, fikir dan selidik terlebih dahulu semua perkara penting berkaitan pelaburan yang kita nak join tu.

5. Hati-hati dengan pelaburan atas talian. The fact that banyak sangat scam berlaku secara online, kita kena selalu beware dengan skim pelaburan online ni.

6. Secure your personal information. (No. MyKad, alamat, detail bank, detail berkaitan pelaburan dll)

7. Kalau dah terlanjur melabur, simpan semua dokumen berkaitan pelaburan dan bukti komunikasi anda dengan orang tengah atau individu berkaitan. So, nanti ada bukti untuk kita buat report.

Formula T.I.P.U 

Baik. Ada satu cara mudah untuk kita detect scam ni. So, T.I.P.U ni apa?

T - Tidak akan rugi
I  - Indah khabar dari rupa
P - Peluang hanya sekali
U - Untung besar


Andai kata skim tu ada salah satu dari 4 ni, ha boleh dah cepat-cepat lari.

Akhir kata, bila kita nak berurusan dengan sesiapa atau mana-mana syarikat, yang melibatkan wang, kita kena selalu jaga-jaga. Jangan sampai nasi dah jadi bubur. Menangis tak berlagu je la nanti. (Okey jap, rasa nak nangis T_T)

Sekian dari saya untuk kali ini. Saya minta maaf sekiranya ada maklumat yang menyimpang. Korang boleh buat pembacaan sendiri di laman-laman web di bawah. 

Thanks for reading :)

Rujukan:




Comments

Popular posts from this blog

How To Mend A Broken Heart? – Yasmin Mogahed’s Podcast Episode

HOW TO GET A+ IN ENGLISH (ESSAY WRITING)

PEOPLE WRITE BECAUSE NO ONE LISTENS